Wednesday, May 25, 2011

PANDUAN KESELAMATAN UNTUK WANITA

Saban hari banyak di paparkan di media massa berkenaan jenayah dan keganasan terhadap wanita ayuh kita ambil langkah-langkah awal. berikut beberapa petua untuk keselamatan anda yang di ambil dari temuramah dengan beberapa penjenayah yang di tahan di penjara.

1) Perkara pertama yang dilihat adalah fesyen rambut anda. Mereka akan memilih dari kalangan perempuan yang mempunyai fesyen rambut yang mudah direngkuh atau ditarik seperti berambut panjang yang diikat di belakang. Rambut pendek kurang mendapat perhatian

2) Jenis pakaian yang mudah dibuka menjadi pilihan penjenayah supaya mudah dan cepat untuk membuka.

3) Memilih mereka yang sedang leka sewaktu berjalan seperti sedang bercakap dengan telefon bimbit, layan MP3 mencari-cari barang dalam beg tangan, atau sedang bermekap. (say no to mekap!)



4) Waktu paling diminati adalah antara waktu malam pagi hingga 8.00 pagi. (elakkan bberjalan bersendirian dan selalu bergerak dalam kumpulan)


5) Memilih tempat yang mempunyai lokasi tersembunyi selepas menarik anda seperti jalan dan lorong sunyi atau semak-semak yang jarang dilalui orang.

6) Hanya 2% sahaja yang mengaku menggunakan senjata berbahaya, ini adalah kerana melakukan jenayah dengan senjata akan membawa hukuman 15 ke 20 tahun penjara, manakala jika tidak hanya 3 hingga 5 tahun penjara sahaja.

7) Mereka suka memilih mangsa yang tidak melawan, kerana ia menjimatkan masa berbanding yang melawan.


8) Memilih mangsa yang TIDAK mempunyai alat yang boleh digunakan dari jarak jauh seperti payung, spray, tongkat dan sebagainya. Ini adalah kerana lagi dekat penjenayah boleh merapati anda lebih peluang untuk dia berjaya.

9) Kaedah atau cara lain yang boleh menjejaskan niat jahat penjenayah ialah cuba sebaik mungkin berinteraksi dengan mata atau merenung wajah orang yang mencurigakan, atau yang mengekori anda atau menegurnya mengapa mengikuti anda dengan berhenti dan menoleh, lebih lama anda mengecamnya lebih banyak maklumat atau tanda-tanda diwajah, pakaian dan tanda lain yang boleh menjadi data maklumat apabila membuat aduan kelak atau kawat pengecaman.


10) Apabila berhadapan dengan orang yang datang secara buru-buru kearah anda, angkat tangan dan berkata BERHENTI!, APA TUJUAN ANDA DATANG KEPADA SAYA? Kebanyakan penjenayah akan membatalkan niatnya apabila berhadapan dengan mangsa yang menjerit kearahnya, atau menunjukkan sifat-sifat melawan dan agresif, mereka akan memilih sasaran yang mudah sahaja.

Sediakan payung sebelum hujan ! Sentiasa berwaspada dan jangan ambik mudah kerana tidak mustahil perkara tersebut terjadi kepada anda. sentiasa berdoa agar terhindar dari perkara2 yg tidak di ingini berlaku.


SELAMAT BERAMAL...