Tuesday, January 25, 2011

A NIGHT TO REMEMBER....




20 JAN/2011- selepas asar seramai 7 pemuda dari usrah Ithar mengadakan ziarah ke rumah tokoh yg sgt kami segani dan kagumi iaitu Tuan Syed Ibrahim Syed Noh di damansara. di hati sangat2 teruja kerana beliau adalah tokoh yang sangat di segani kerana penglibatan dan kelantangan bersuara beliau dalam isu-isu hak asasi manusia. beliau sangat di kenali melalui GMI(gerakan mansuhkan ISA) dan beberapa pertubuhan hak asasi manusia yang lain.

perjalanan agak 'jem' di laluan batu caves kerna perayaan thaipusam tapi di gagahkan juga mengharungi jem yg teruk demi mengambil peluang sekali semumur hidup kerna Tn Syed sgt2 sibuk org nya. kami tiba di Masjid berdekatan rumahnya dan mengadakan usrah dan solat maghrib.

selepas solat maghrib kami tiba di rumah Pcik Syed dan bertaaruf dan menunaikan solat isya' bersama-sama. selepas kami solat, kami di jamu dgn makanan yg sgt enak sehingga tidak
terdaya menggerakkan badan kami (marwan terutamanya..:-)). sambil menjamu makanan kami melontarkan soalan2 killer kepada Pcik Syed tetapi dengan bersahaja beliau menjawabnya dengan isi2 dan penerangan yg padat dan kemas.

alhamdulillah banyak yg di timba oleh kami terutama tentang isu-isu hak asasi manusia dan kaitannya dengan dakwah. perkara yang sangat2 kami ingat dan rasai sampai ke hari ini adalah. "aktivisme adalah tarbiyah adalah dakwah dan perlu berjalan serentak dan berkait rapat antara satu sama lain...tidak perlu menanti bersedia secukup2nya..perkara itu akan lahir hasil dari tarbiyah dan aktivisme yang berterusan.."

moga kami menjadi aktif dan proaktif di dalam tarbiyah dan medan...

"pencetus,penggerak dan perubah"

Monday, January 10, 2011

aku terima nikahnya....

terlintas untuk bercerita about nikah because beberapa sebab:
1) sebab da 4th year n tgh fikir2 ttg nk buat rumah bsama2 tangga..:-)
2)byk tserempak dgn buku2 bout nikah nie
3)ramai kawan rapat da settle down...:-)

tetapi aku me'muhasabah' diri aku..adakah layak m'nikah'..
ades byk lg tnggjwb perlu di settle kn b4 settle down atau adakah tepat jika terus mnikah dan tawakkal aja kerna dpt gak advice dri psgn2 yg tawakkal alhmldh mrka bahagia tnpa sbrg mslh besar..

dan prkara paling utama adakah aku punya calon?? ramai yg mberi idea bcinta dulu knal dlm2 psgn kita n then kawin la baru bahagia..ak tidak mahu bcinta lagi..sesungguhnya indah bcinta afta kawin..kita akn blapang dada mnerima psgn kita..sesungguhnya Allah akn mmudahkan segalanya jika mjga adab2 dri awal sblm mdirikan rumah berserta tangga...dan adakah aku punya calon utk di propose pd org tua?? hurm..remain secret...harus byk mlakukan istikarah utk mminta allah di tunjukkan jalan-Nya..jika tidak berhasil aku mahu meneruskan persediaan kerna aku mahu ke GAZA....aminnnn...

Alangkah seringnya

Mentergesai kenikmatan tanpa ikatan

Membuat detik-detik depan terasa hambar
...
Belajarlah dari ahli puasa

Ada dua kebahagiaan baginya

Saat berbuka

Dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala

Inilah puasa panjang syahwatku

Kekuatan pada menahan

Dan rasa nikmat itu bakal kurasa

Diwaktu buka yang penuh kejutan

Salim A.Fillah(Buku: Nikmatnya berpacaran selepas pernikahan)




SAYONARA 2010

“sesuatu yang mustahil untuk diperbetulkan..”

Syonara 2010 dan welcome ahlan wasahlan 2011. Sangat pantas masa berlalu meninggalkan kita. Betullah antara tanda2 kiamat adalah setahun terasa seperti sebulan, sebulan terasa seminggu, seminggu terasa sehari dan sehari berlalu bagaikan sejam sahaja! Masya Allah....

Adakah 2010 berjaya ku capai. Ketepuk dada dan keluarlah azam-azam yang tidak kesampaian tahun lalu. Dan terlalu banyak kesalahan dan kekhilafan yg ku lakukan pada diri dan orang di sekeliling. Ku menangis sendirian kerna masa tidak bisa di putar kembali untuk memperbaiki segala2nya. Hanya mengenang perkara2 manis untuk menutup sebentar pekung salah dan dosa ku.

Hanya mengenang 3 hari 2 malam berbakti pada masyarakat di kampung bila bertungkus lumus men’handle’smart camp utk adik2 di kampung. Terasa baru semalam berkongsi pengalaman dan suka ria bersama mereka.

Hanya mengenang 2 bulan setengah di maahad tahfiz Al-akhyar JB semasa cuti semester menjadi cikgu,warden, abang, kepada adik2 di sana. Pelbagai masam, manis, payau episod dan drama di sana. Walau se’nakal’mana mereka byk aku pelajari dari kenakalan mereka. Kerenah mereka yg membuat aku terus kuat dan cekal. Sesungguhnya merekalah inspirasi aku.

Mengenang mengikut abah ke sana dan kemari menjelajah johor memberikan kesedaran kepada masyrkt ttg isu palestin. Walau penat teramat tetapi perasaan puas itu hadir ketika abah berjaya menerobos tembok kejam zionis dgn menjadi wakil Malaysia masuk ke Gaza. Dan sesungguhnya aku berazam mahu juga ke GAZA sebelum umur menjangkau 30 tahun. Tidak ku gentar dengan zionis laknatullah. Biarpun di bunuh atau di penjara sekali pun. Akan tetapi semua itu memerlukan persediaan yg bukan mengambil masa sehari atau setahun.

Kenangan2 manis itulah yang ku ulang2 setiap kali teringat akan episod2 duka sepanjang 2010 hampir melabuhkan tirainya. Selamat datang 2011. Bi iznillah tahun baru akan menjadi episod baru yang gemilang dan di hampari karpet merah tetapi itu hanya mimpi kerna hidup ini tidak seindah yang di harapkan kerna untuk menjadi ‘manusia’kita harus cekal menempuh setiap obstacles.

“IMPOSIBBLE IS NOTHING”

“BERILAH KEGEMBIRAAN SEBANYAK2NYA DARI MENERIMA SEBANYAK2NYA”

Kata-kata di atas saya ambil dari filem índonesia ‘Laskar Pelangi’ dan memberi makna yang besar dan menjadi salah satu motto hidup kerna satu lagi motto sy adalah 3P (pencetus,penggerak,perubah). Sukar untuk dilaksanakan akan tetapi tidak mustahil di implementasikan jika langkah pertama di ambil dari sekarang.

Hidup kita sangat singkat dan tersangatlah rugi sehari hidup kita berakhir tanpa memberi kegembiraan pada diri sendiri dan lebih bermakna kita dpt memberinya pd org lain. Definisi hapiness itu berbeda dengan setiap org. Ada yg meletakkan kekayaan sbg erti kegembiraan. Gembira bila dpt shopping seharian tanpa fikir brpa byk duit yg kluar. Dan ada juga meletakkan kgembiraan bila kehadiran org tersayang di sisi setiap saat. Dan paling kurang org yg berasa sgt gembira bila dapat melakukan perkara yg di perintah oleh allah dan berjaya melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Di manakah kita letak kegembiraan kita???

Ya benar kekayaan itu penting, cinta dan kasih sayang itu sangat manis, akan tetapi jadilah kita seorang yang adil dan saksama. Meletakkan cinta Allah paling tinggi dan mulia dan tidak sama sekali mengabaikan cinta pada manusia dan perkara2 lain dalam hidup kita. Seorang muslim harus ‘balance’ dalam setiap aspek. Kejarlah kegembiraan kita setiap hari dan jangan cuba jadikan diri kita medium kegembiraan untuk orang di sekeliling kita.

“ Give urself to others and Allah will give a true hapiness to urself”