Sunday, December 20, 2009

Atok Emak Mula Bernafas Tanpa Mesin


Semenjak dimasukkan ke wad CCU Hospital Serdang atok emak tidak sedarkan diri dan terpaksa di bantu dengan sistem support seperti pernafasan ventilator (oksigen), makan melalui saloran (tube feeding), kemasukan beberapa jenis ubat seperti antibiotik (menghalang jangkitan pernafasan), lasix (membuang air dalam badan), mofin (tahan sakit), midazolam (penenang/tidor), i.v. drip untuk tenaga, blood transfusion (tambah darah 2 pint) serta buangan najis cecair (urine catheter) dan najis pejal dengan nappi.
Pada 2 Muharam 1431 / 19 Dis 2009 (selepas 6 hari di wad CCU), sebahagian bantuan di atas dibuka dan atok emak telah bernafas sendiri dengan hanya menggunakan oxygen mask. Pemakanan masih menggunakan bahan liquid (tube feeding). Namun atok emak masih tidak sedar, hanya sesekali membuka mata dan menggerakkan anggota tangan dan kaki. Keseluruhan pernafasan, heart bit, tekanan darah masih dipantu dengan alat yang dipasang di beberapa bahagian tubuh badan dan display di monitor berhampiran. Tekanan darah dan heart bit sesekali naik apabila atok emak membuka mata dan menunjukkan keinginan dengan berkomunikasi dengan sesiapa yang datang ziarah. Oleh itu anak cucu yang datang ziarah semampu mungkin tidak menyentuh dan mengejutkan atok emak. Atok emak masih peru berihat sepenuhnya bagi menstabilkan pernafasan dan sistam jantungnya.

Kini anak cucu masih berkampung di Bangi (UNITEN) dan sentiasa menziarahi atok emak waktu tengah hari dan petang secara bergilir-gilir sambil membacakan ayat-ayat qur'an dan berdo'a agar atok emak segera sembuh dan dapat balik.

Sama-sama kita sebagai anak dan cucu yang selama ini menerima berbagai bantuan dan pertolongan dari atok emak insaf, mendoakan atok emak dan memohon maaf kepada atok emak akan pelbagai kesilapan yang anak cucu mungkin lakukan. Pengorbanan dan kebaikan atok emak dan atok abah tidak dapat kita semua balas atau bayar walaupun dengan apa juga masa dan harta yang kita miliki. Jika tidak dengan kasih sayang dan pertolongan atok emak dan atok abah (biiznillah), sukar kita semua untuk berada di tahap yang ada kini. Insaf dan sama-samalah kita dekatkan diri kepada Allah swt, pemilik segala kehidupan ini. Dengan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, Insya Allah akan dipermudahkan proses perubatan dan mempercepatkan atok emak sembuh dan sihat seperti sedia kala Insya Allah.

Wednesday, December 9, 2009

SMART CAMP KABARE 2009

40-6 DIS 2009-Bertempat di SK Seri Jaya,permatang Sepam,benut smart camp anjuran kelab kabare telah diadakan dan adalah kali yg ke empat.program tahunan ini adalah bertujuan untuk mendidik anak-anak dan masyarakat kampung untuk menghayati makna islam yang sebenarnya.Alhamdulillah ini juga kali ke-4 saya sebagai ketua fc dan penat lelah selama seminggu untuk menyediakan modul,slide dan game berbaloi kerna kesungguhan adik2 dan org2 kampung dalam menyokong program ilmu seumpama ini.

terdapat 6 slot yang di bentangkan selama 3 hari 2mlm.5 dibentangkan oleh saya dan 1 di bentang oleh PM Dr.Mohd Zin Kandar. banyak pengalaman baru dan kenangan manis yang dapat di timba sepanjang program berjalan. pada tahun ini agak istimewa kerna terdapat aktiviti baru iaitu berjalan malam dan semua peserta berpuas hati dengan segala input yg di berikan kerna saya jg bukanlah individu yg layak untuk menyampaikan modul2 yg di bincangkan tetapi atas dasar untuk membantu dan menimba ilmu antara satu sama lain saya gagahkan diri untuk menyampaikan sedaya yg mampu. satu ilmu yg saya pelajari dari adik2 di kampung bahawa kesungguhan untuk melakukan sesuatu perkara.

Tuesday, December 1, 2009

INI JALAN KITA PART 1



"Sesungguhnya jalan dakwah itu sangat panjang dan banyak mehnah & ujian dan mungkin kita tidak dapat merasa saat kemenangan islam itu sendiri"

Ini adalah kata-kata mujahid as-syahid hassan al-banna kepada kita dan sangat menarik untuk di hayati kerana seringkali kita memikirkan kenapa perlu kita bekerja untuk islam bersusah payah siang dan malam membetulkan kerosakan yg berlaku dalam masyarakat yg semakin hari semakin bertambah teruk. Kata kunci yang penting untuk segala persoalan ini adalah KEYAKINAN kita. Di dalam buku fathy yakan, ‘apa erti saya menganut islam’ ada membahaskan tentang KITA MESTILAH MEYAKINI MASA DEPAN ISLAM YG GEMILANG. Sebagai seorang muslim kita wajib meyakini bahawa islam akan menjadi ustaziatul alam seperti zaman lampau dan sesungguhnya kita adalah sebaik-baik umat.

Oleh itu wajiblah bagi kita bersama-sama bekerja untuk islam untuk mendaulatkan kembali islam.

Tetapi bagaimanakah kita hendak membantu islam? Bolehkah kejayaan umat terdahulu hasil tindak tanduk individu? Semestinya tidak para sahabat dan umat2 terdahulu mencapai kemenangan dengan kekuatan JEMAAH atau kesatuan yang kuat. Sesungguhnya kesatuan umat islam telah di tunjukkan oleh mas’ul utama kita iaitu rasulullah saw dan di bawa dalam konsep kontemporari oleh As-Syahid Hassan Al-Banna melalui Ikhwanul Muslimin.

Hanya dengan kekuatan jemaah sahajalah dapat mendaulatkan islam seperti dahulu. Dan seperti mana yang kita tahu tunjang kepada jemaah islam adalah tsawabit2 nya.

TO BE CONTINUE…..

Saturday, November 28, 2009

PALESTIN DAN TANGGUNGJAWAB AQIDAH




















Umat Islam diikat dengan perjanjian dan ikrar dua kalimah syahadah. Dengan ini, kita telah pun memeterai satu akuan sumpah untuk saling memelihara darah, harta dan kehormatan di antara satu sama lain. Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan mereka mengerjakan solat serta memberi zakat. Maka sekiranya mereka melakukan perkara itu, terpeliharalah darah (nyawa) mereka dan harta benda mereka daripadaku kecuali dengan hak Islam. Dan perhitungan mereka adalah atas ketentuan Allah." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)


Berdasarkan hadis di atas, kita sebagai umat Islam perlu mengetahui bahawa seluruh umat Islam yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah berada dalam satu keterikatan yang mengikat mereka saling bergandingan dan memikul tanggungjawab memberikan bantuan ketika saudara-saudara Islam ditimpa musibah dan ancaman terhadap nyawa, harta-benda dan maruah mereka.

Saudara-saudari kaum muslimin sekalian,

Umat Islam di Palestin adalah saudara-saudara kita yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah. Sepanjang penindasan yang berlaku semenjak tahun 1948 dengan kemasukan kaum Yahudi ke bumi Palestin dan menyebabkan sebahagian penduduknya yang menjadi pelarian, apakah peranan kita dalam menjalankan tanggungjawab dua kalimah syahadah ini? Sehingga kini, angka pelarian telah mencecah lebih 9 juta orang. Sementara kematian dan pembunuhan pula masih berlaku hari demi hari…

Sekadar mengimbau perkembangan yang berlaku semenjak awal tahun ini, kita telah menyaksikan sekatan yang dilakukan oleh regim Israel ke atas Gaza sehingga menyebabkan wilayah yang mempunyai 1.5 juta penduduk itu terputus hubungan dengan dunia luar selepas semua pintu masuk di sempadan wilayah itu dengan Israel ditutup sejak hari Jumaat 18 Jan 2008. Manakala pada 21 Januari, tepat pada jam 8 malam, satu-satunya loji janakuasa tunggal di Gaza terpaksa ditutup kerana keputusan bahan bakar menyebabkan seluruh bandar Gaza bergelap dan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Beberapa hospital terpaksa menghadapi ancaman kematian para pesakit terutamanya kanak-kanak dan orang-orang tua yang bergantung pada alat-alat bantuan setelah bekalan elektrik terputus. Semua bahan-bahan mentah, makanan, ubat-ubatan dan apa sahaja disekat di sempadan dan semua pintu masuk ke Gaza. Ini menjadikan harga barang yang meningkat sehingga 3 kali ganda pada ketika awal krisis itu dan menjadi lebih buruk hingga ke hari ini.

Pergerakan HAMAS menyifatkan itu sebagai 'hukuman mati' dan satu usaha pembunuhan secara perlahan-lahan ke atas rakyat Gaza sebagai hukuman kerana mereka memilih pergerakan HAMAS memegang tampuk kerajaan. Sehingga pada pertengahan bulan Mei yang lalu, lebih 150 orang telah mati kerana kelaparan dan ketiadaan ubat-ubatan. Ini bagi memberi tekanan kepada kerajaan HAMAS supaya berundur dan meletakkan kuasa pemerintahan. Namun penduduk Gaza khususnya dan rakyat Palestin secara amnya tetap mendokong pendirian kerajaan HAMAS yang berikrar akan terus menentang penjajahan dan tidak akan tunduk kepada kemahuan Israel. Pada pertengahan bulan Mei itu juga, 50 buah kilang roti ditutup kerana kekurangan bahan mentah untuk menghasilkan roti. Roti adalah makanan asas bagi masyarakat Arab. Sekiranya penghasilan roti terhenti, maka penduduk Gaza diancam kebuluran yang tidak dapat dibayangkan. Pada hari ini catuan bahan makanan dan bahan api semakin mencengkam rakyat Palestin di Gaza.

Akhbar rasmi HAMAS di negara Yaman, Shout Filistheen bertarikh 21 Jamadil Awal 1429H bersamaan 26/5/2008 melaporkan bahawa Ketua Jabatan Politik HAMAS, Khaled Mesy'al menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan tunduk berhadapan dengan tekanan ke atas Gaza, sekatan makanan yang menyebabkan kebuluran, pembunuhan dan permusuhan regim Israel. Kerana bangsa Palestin berpegang teguh dengan hak-hak mereka. Sebarang usaha perundingan dengan Amerika dan Israel akan membawa kerugian. Beliau juga menyatakan bahawa bangsa Palestin tidak sekali kali akan menerima penyamarataan hak bagi menggadaikan tanah air, kota suci al-Quds, para pelarian Palestin dan prinsip-prinsip Palestin. Sebarang usaha menggadaikan prinsip-prinsip ini bagi memenuhi kehendak Amerika dan Israel akan menemui kegagalan. Katanya lagi: "HAMAS dengan kekuatan penentangan rakyat Palestin akan menghapuskan sekatan terhadap Gaza. Sekiranya masyarakat antarabangsa tidak berbuat apa-apa, maka kami akan melakukannya mengikut kehendak kami," tegasnya.

Keadaan semakin buntu apabila kerajaan Mesir juga dilihat sebagai gagal memainkan peranan dalam isu berkaitan sekatan terhadap Gaza. Manakala pada awal bulan ini, pergerakan Hamas menyatakan bahawa keputusan Israel untuk menutup laluan Gaza sebagai satu perlanggaran kepada perjanjian damai dan bertujuan untuk mengugut pecahan Palestin dan penduduk Palestin serta menambah bahawa keputusan tersebut telah mencacatkan peranan Mesir. Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya juga menyeru Kerajaan Mesir supaya mempercepatkan pembukaan laluan Rafah itu secara rasmi. Ini bagi meredakan krisis yang sedang berlaku. Pergerakan HAMAS memberi amaran bahawa situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza menjangkau kepada tahap membawa bencana yang tidak terkawal. Beliau juga dengan itu merayu kepada Mesir agar mencari formula bagi membolehkan pembukaan laluan Rafah seperti asal sehingga persetujuan dicapai dalam untuk menjadikannya beroperasi secara tetap.

Pada awal bulan ini, kerajaan Palestin pimpinan Ismail Haniyah menegaskan tuntutan kepada pemimpin Mesir tentang peri pentingnya menekan pemerintah penjajah Israel agar memberi komitmen terhadap kesepakatan gencatan senjata dan merealisasikannya dengan membuka pintu masuk agar keperluan harian boleh dibawa masuk tanpa sebarang penundaan. Seorang pemerhati iaitu John Ging yang juga merupakan pengarah operasi UNRWA di Tebing Gaza menyeru Israel dan Mesir agar terus membuka semula pintu komersil Gaza dan pintu sempadan Rafah, dengan menekankan bahawa penutupan pintu adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa untuk hak asasi manusia.

Demikianlah dalam perkembangan yang berkaitan, semenjak awal tahun ini, rejim Zionis telah membunuh 78 kanak-kanak Palestin dan menangkap lebih daripada 2,500 rakyat Palestin, termasuk 260 kanak-kanak di serata Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sebagaimana yang ditegaskan oleh satu laporan dikeluarkan oleh Nafha Society. Pun begitu, dalam segala keperitan dan kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat Palestin ini, pimpinan Hamas telah menunjukkan kekuatan nilai persaudaraan dan sikap yang prihatin terhadap sesama umat Islam. Baru-baru ini, apabila Presiden Sudan, Omar Bashir diancam oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadapnya berhubung dengan pembunuhan kaum dan jenayah terhadap kemanusiaan di wilayah Darfur. Khaled Mesy'al mewakili pergerakan Hamas dan rakyat Palestin telah memberikan sokongan melalui talian telefon, beliau berkata kepada Presiden Sudan, dengan menjanjikan bahawa HAMAS bersama dengan pemimpin dan rakyat Sudan.

Inilah nilai akidah yang begitu mahal yang tidak dapat dimanipulasikan oleh Amerika dan Israel. Mereka hanya mampu memperdayakan orang-orang munafik yang memakai topeng Islam. Dalam hal ini, umat Islam perlu kembali memikul tanggungjawab mereka mendokong saudara-saudara mereka yang memerlukan sokongan dan bantuan. Sama ada dari segi material dan spiritual. Sekurang-kurangnya ialah dengan tidak mendampingkan diri dengan musuh-musuh Allah yang menindas saudara-saudara kita di mana sahaja di atas muka bumi ini.

Tentang sikap para pemimpin Arab dan umat Islam pada hari ini yang bermuka-muka dan berjabat tangan dengan Presiden Bush, rukuk serta sujud kepada polisi luar Amerika Syarikat, saya ingin menyebut tentang apa yang pernah dinyatakan oleh Syeikh Dr. Muhammed Mahmoud Seyam, mantan Imam dan Khatib Masjid al-Aqsa yang kini menetap di Yaman. Kata beliau: "Saya tidak menganggap mereka itu sebagai sebahagian dari tubuh umat (Islam). Kerana Allah S.W.T telah menegaskan di dalam al-Quran;

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi teman-teman rapat(mu); sebahagian mereka adalah pelindung bagi sebahagian yang lain. Sesiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pelindung (teman rapat), Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Surah al-Maidah: 51)

Jadi mereka (pemimpin-pemimpin itu) adalah termasuk dalam golongan mereka (musuh-musuh) dan bukan sebahagian daripada umat ini. Kerana itu, keterikatan kita dalam tubuh umat Islam ini mestilah dibina dengan dua kalimah syahadah. Apabila memahami nilai persaudaraan ini, kita perhatikan sabda Rasulullah s.a.w:

"Jadilah kamu semua sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim (yang lain). Janganlah dia menzaliminya, dan janganlah mengabaikan dia apabila dia memerlukan pertolongan, dan janganlah memperkecilkannya.." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Pada hari ini, secara tidak langsung umat Islam telah bersikap zalim, bersekongkol dengan Amerika Syarikat untuk menekan rakyat Palestin khususnya bagi negara-negara umat Islam yang bersempadan. Kita tidak memberikan pertolongan apabila mereka mengharapkan pembelaan daripada kita. Malah terdapat golongan dalam masyarakat muslimin yang memperlekeh perjuangan rakyat Palestin menentang regim Yahudi dengan mengejek; 'setakat baling batu apa yang dapat?'. Kesemua ini menunjukkan bahawa kita telah jauh dari petunjuk Nabi s.a.w dalam hadis di atas. Di penghujung hadis sahih tersebut, Rasulullah s.a.w menegaskan: "..setiap muslim terhadap muslim yang lain, haram menumpahkan darahnya, merampas hartanya dan menjatuhkan maruahnya."

Satu lagi hadis yang baik untuk kita jadikan renungan ialah sabda Rasulullah s.a.w: "Peumpamaan orang-orang yang beriman itu pada kasih-sayang, rasa belas dan ikatan sesama mereka adalah umpama satu jasad, sekiranya satu anggota jasad merasai kesakitan maka yang seluruh jasad juga akan turut merasai sakit." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Saudara-saudari kaum muslimin yang saya kasihi sekalian,

Adakah kita merasaikan kepedihan dan kesengsaraan rakyat Palestin, Iraq, Afghanistan, Sudan, Kashmir, Somalia, Chehnya, Selatan Thailand, Filipina dan seluruh dunia Islam? Sekiranya masih tidak merasai, maka sekarang adalah masa untuk muhasabah iman dalam diri. Sekiranya kita merasai, maka sekarang juga adalah masa untuk menadah tangan kepada Ilahi… "Ya Allah! Bantulah Islam dan kaum muslimin, bantulah mereka menghadapi musuh-musuh di mana sahaja mereka berada." Amin.