Tuesday, March 29, 2011

ADA APA DENGAN CINTA??

Adik dgr selalu orang kata cinta tu buta,
Tapi mcm mana diorang bcinta klu diorang buta????konfius btolla..
Owh rupa2nya buta 2 diorang bcinta sampai xingat pape dah…
Sanggup buat macam2 demi cinta..
Buka sana bukak sini untuk yang terchenta…
Beli sana beli situ kerana cinta ciap beli teddy bear saiz XXXL lg…
Bagi sana bagi situ kt pasangan dia kononya demi cinta…
Pukul sana pukul sini sebab cinta sangat2…
Betul kew cinta kena macam 2????
Tapi ustaz adik cakap maksud cinta tu luas sangat2..
Cinta paling utama ialah cinta pada Allah..
Pastu cinta pada rasul,malaikat,abah,ummi,kawan2 dan pada haiwan pun kena cinta gak..
Tapi adik tengok ramai gile yg cinta pada selain di atas..
Berkepit sana-sini tapi adik usnuzon yg diorang da kahwin..
TP de video adik tertengok kat depan Pavilion 2 orang budak bercium!!!!
Islam dan melayu lagi 2..tak kan dah kahwin kot??
Klu dah kahwin xdela nk romantika kt tgh2 org ramai..
Gila dah kot org sekarang ni sampai cmtu skali..ish2 teruk demo neh..
Adik balik rumah tengok TV pun sume asyik cite pasal cinta2…
AAArrrghhhh…adik pon rase nk bercinta gak..
Mane aci cinta sorang2 nak join sekaki!!!!!
Tapi try tanya abah dulu..kene penyepak pulak…salah ke berCINTA???
Klu tak salah asal abah menyepak adik…Sabo jela..Aket…iskk..iskk…

Alhamdulillah sekarang adik dah besar..kepala bdan sume dah besar…
Banyak jumpe ustaz2..banyak pegi daurah,mukhayyam,Usrah…
Yeahhhh da jumpa CINTA adik…hari2..setiap masa..setiap saat adik bkepit dgn dy..
Minum,makan ,mandi,tidor,study sume dgn DIA..kalah org2 kt mid valley 2..
Adik hari2 dating dgn dy taw..ciap dapat pahala lagi dating dgn DIA..
Adik sanggup buat ape saje demi DIA..bak kata dlm movie2 kt TV..
Lautan api pun sanggup ku renangi untuk DIA…
Tapi kadang2 cinta adik 2 luntur gak..kdg2 majuk gak dgn dy..
Tapi nasib bek ade kwn2 adik yg cinta DIA jugak so diorang la pujuk adik balik..
Adik cinta sangat pada dakwah…di situ adik dapat tarbiyah,
ikhwah2 yg owez memahami adik, pakcik2 dan mcik2 yg slalu guide adik, taching sgt..
dan mungkin akan jumpe pasangan idup adik jgak kew kt situ??? Ntahla…
adik berdoa jer..moga2 cinta adik pd DIA xkan putus dan luntur..kernaaaa….
ADIK CINTA PADA DIA SANGAT2….SARANGHAE

P/S: Watak adik tidak ade kena mengena dgn yg hidup atau yg mati..heee~~

Monday, March 28, 2011

ABAH DAN SAYA


Baru sja tengok rakaman forum Palestine:untold stories yg di anjurkan ikhwah UTM last week. panelis adalah abah dan ust Hasanuddin. Mmg klu cuti semester aku jadik PA abah ikut pg ceramah keliling johor kdg2 luar johor. semenjak balik dari Gaza makin banyak jemputan dan klu xde jmputan abh akn tel pcik2 utk dpt kn slot so dpt derma utk tabung Aqsa Syarif. Alhamdulillah aku tersangat terkesan dgn isu palestin..hari2 kt rumah mesti borak about palestin klu cuti lagilah wat video,poster dan mcm2 lg bkaitan palestine..

penting sgt ke isu nie sampai makan minum sume igt palestin???
ada je yg tanya kt aku ms jga exhibition dlu. mmg habis la kne pakcik 2 ak debat..dak uia kot..hehe..juz kidding..ape2 pon palestine ttp kn jadik bhn perbualan kita...kerna al-aqsa adalah milik mutlak ummat islam!!!!

p/s: by hook or by crook nk jgak pegi gaza walaupun melalui tunnel..:-)

Sunday, March 27, 2011

TIKA ITU




Tetiba bila tengok gamba ni balik terasa rindu sgt zaman kecik2 dlu..
gamba nie diambil di depan umah ktorg di liverpool. beside me 2 yg tpotong gamba dy 2 my sister, nur shafeeqah. Paling ingat lebih kurang 4 or 5 years kt sana adalah :
1)strawberry farm (mkn smpai bdn jdik merah2)
2)waiting reramai snow kt depan umah
3)abah dgn pakcik2/makcik2 berjaulah sambil berdaurah
4)beli banyak sangaaaaat toyssss (tp da byk ilang)

memuhasabah balik diri kira..pejam celik im already 23 yrs old..ya Allah!
dah tue..takut tiba2 di ambil nyawa oleh allah..ckup ke amalan??!!
wallahua'lam..tapi alhamdulillah makin sedar kita tue makin kita nak kumpul amalan byk2..:-)
hidup hanya sekali..gunakan sbaek2 nya...

hidup dan mati di tangan Allah...

p/s:klu da kawen nnt bl da ckop duet nk g liverpool balek..tempat tumpah darahku..hee~ (mood~berangan)

WALIMAH HAZIQ DI MELAKA





aLhamdulillah..
seorang ikhwah bernama Haziq selamat bergelar suami dan kami dgn excited nye berjaulah ke
Melaka utk memeriahkan majlis tersebut. minggu sblm 2 ade ikhwah yg telah ke rumah sebelah perempuan di kedah but bcoz ktorg ade prog so tpaksa pergi ke melaka. kami berlima (Rahman, Usamah, Najib (driver), Aiman,Marwan) bertolak dari uia pd jam 9.30 dan selamat sampai ke rumah pengantin jam 12.30 tgh hari.

Kami di sambut oleh haziq dgn muka yg berseri2..maklumlah dia baru umor 21 thn tp dah ader org yg akan jga dia hari2...terserlah wajah jeles di kalangan kami terutama naqibnya Marwan..:-)
tetapi kami sgt2 bersyukur seorg ikhwah telah berumah tangga dan sudah semsetinya tanggungjawab haziq 2 pon makin bertambah. didoakan menjadi pasangan yg soleh dan solehah di samping dapat mensinergikan dakwah..

sepanjang berborak dgn haziq baru aku tahu rupanya uia ade bg loan utk org kahwin..
haha..dak 1st year pon tau nie dah 4th year xtaw..duduk bwk tempurung lg aku nie..
Kami memenuhi tuntutan nafsu dgn bersusah payah ke pantai klebang utk minum Coconut Shake...pergggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh sampai menjilat cawan..murah dan shedddaaaap sgt...RM 2 je...mmg terkenal kt cni..:-)

kami bergerak pulang dalam keadaan hujan renyai2 dan sempat berma'thurat sblm smpai uia..
berjaulah/musafir mmg best.salah 1 cara utk mgenali ikhwah2 dgn lebih rapat..

p/s: masing2 xhabis2 borak psl walimah dlm kete.mcm2 cite kua..ish2..pela nk jadi..
sabooo jela..


BBQ IKHWAH MERIAH







Tiba-tiba terdetik untuk menconteng sesuatu di blog nie kerna event ini adalah antara event manis semester ini. Mungkin pada pandangan org lain biasa sja tapi bagi aku its priceless kerana semakin hari hati ini makin semakin rapat dengan mereka.

Pada 20 Mac lalu rancangan asal (Brother Outing)BOT terpaksa digantikan dengan BBQ kerana masalah2 teknikal di saat akhir. Sepatutnya petang itu kami merancang untuk berehlah di Air Terjun Sg. Chiling di Kuala Kubu Baru. Tapi perancangan Allah lebih hebat dan tersembunyi hikmah di sebalik pembatalan BOT di saat-saat akhir.

Antara hikmah itu adalah kami terpaksa melakukan adhoc BBQ kerna harus memanggang ayam2 dan sosej yang telah di beli. Alhamdulillah setelah di syurakan kami berpakat mengadakan BBQ ikhwah pada jam 4 ptg di kawasan sungai di AIKOL. Seramai 15 ikhwah hadir dan tolong menolong antara satu sama lain bagi menjayakan BBQ tersebut.

Sepanjang proses BBQ kami beramah mesra dengan sesi ‘tembak-menembak’ antara ikhwah. Masing2 kelihatan ceria dan susana di penuhi gelak ketawa kerna baru kami menyedari ramai di kalangan sahabat2 kami kelakar orangnya. Setelah berhempas pulas kami berjaya memanggang ayam dan semua habis di makan ketika azan maghrib.

Setelah berkemas, kami ke surau econs untuk solat maghrib dan mendengar tazkirah dari Akh Sani mengenai ukhuwwah dan pesan menjelang cuti semester. Antara isi penting pengisian Akh Sani adalah kita harus bersama sahabat2 sefikrah dengan kita untuk mengekalkan momentum dakwah itu sendiri dan ukhuwwah sebegini utuh tidak akan dapat kita cari di manan2 oleh itu berpegang teguhlah dan saling menasihati satu sama lain. Sesungguhnya ini adalah pertama kali aku berBBQ bersama mereka. Rasa seperti 1st year ketika bersama mereka.

Harap ukhuwwah ini benar membuahkan hikmah yang besar dalam tarbiyyah dan dakwah khususnya alam kampus yang bakal bersisa setahun lagi. Terdetik pula dalam benak hati ku tentang sahabat2 yang lain. Dahulunya rapat tapi kini terasa lain kerna perbedaan2 pendapat. Tapi mereka tetap aku letak sebagai ikhwah2 yang hebat dan banyak jasa mereka dalam mencorak diri ini. Sungguh perit dan hiba tatkala merenung gambar2 lama. Tapi aku juga yakin Allah menyusun yang terbaik buat hamba2 nya yg ikhlas bekerja di jalan-Nya.

“Berilah sebanyak2nya, dari menerima sebanyak2nya...”

p/s: sorry pada org yg kena tembak dgn ana terutama irfan md nor dll..:-) mmg ana di lahirkn cmnie..hehehe..pape pon ukhuwwah abadan abada yer..!!