Saturday, April 30, 2011

MIMPI BERSAMAKU....


Alhamdulillah semalam dapat bersama2 ikhwah2 ipt johor yg sedang bercuti kami dihidangkan dengan pengisian tentang 'dunia itu leper' dan kaitan dgn amanat oleh Hassan al-banna kepada mahasiswa. Byk yg dapat diperlajari dan ditimba antara yang utama adalah betapa hebat HAB melihat isu2/masalah umat islam pd masakini yg cuba di alertkn oleh beliau pada zamannya. betapa kedepannya pemikiran dan visi HAB dalam melihat masalah ummat dan mencari the best solution utk problem2 tersebut. dan pakcik smlm memberi lagu ini iaitu 'dream with me' dendangan Hamza Namira dari egypt. Ya allah sgt taching dan mendalam maknanya..Ayuh bermimpi kepada sesuatu yg positif!!! demi masa depan islam yg gemilang....berikut adalah lirik dalam english (lagu dlm arab)
Dream with Me
Hamza Namira

Dream with me,
Of a tomorrow that’s coming,
And if it doesn’t come,
We’ll bring it ourselves.
We’ll stride upon this path,
Our many footsteps will lead us to our dream.

Dream with me,
Of a tomorrow that’s coming,
And if it doesn’t come,
We’ll bring it ourselves.
We’ll stride upon this path,
Our many footsteps will lead us to our dream.

No matter how many times we fall,
We’ll be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We’ll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.

No matter how many times we fall,
We’ll be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We’ll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.

Dream with me my friend,
Our footsteps will shorten the distance
I care about my innocent dream
Whatever it may be
It will stand beside us
No matter how long our journey becomes
Even if we become lost, my friend,
Our reunion will rally us toward our dream,
Towards our dream,
Towards our dream,
Towards our dream.

Towards our dream,
Towards our dream,
Towards our dream,
Towards our dream,
Only if we dream.

Tuesday, April 26, 2011

MARI LOMPAT BERSAMA



Ya sedar tak sedar sudah setahun lebih bersama 'MEREKA'..
Ya sukar untuk melupakan 'mereka' kerna 'mereka' mencorak diri ini..
'mereka' bersama tika susah dan senang dahulu kala..Tapi tidak termampu untuk bersama kini..
Hanya ukhuwwah di jaga dan tiada lagi gelak dan program bersama jauh sekali jaulah bersama..
kami pernah ke tganu dan kelantan bersama..saat melihat foto saat itu juga air mata berlinangan..
tidak dapat digambar perasaan hiba den sebak di dada..tapi 'mereka' tetapi sahabat sampai bila2..
Tapi kini 'MEREKA' juga mencorak aku..iftar,liqa,jaulah bersama..segalanya bersama..
Terlihat hikmah aku 'melompat' dulu..Aku telah berubah..
Minda, jiwa dan cinta aku berubah..tidak melihat kepentingan diri tapi orang lain adalah keutamaan..
Terima kasih kepada 'mereka' dan 'MEREKA'....
"Anda cinta saya dunia akhirat...Ukhuwwah sampai bila2..."

Friday, April 22, 2011

DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH




Aku menoleh ke belakang...
banyak sudah terbuang masa2 mudaku..
Ku melihat ke hadapan menanti penuh debaran..
adakah pengakhiran di syurga atau neraka?
tapi kini diriku bersyukur..
terjaga dari lena dan asyik dunia...
melihat dakwah dan tarbiyyah sebagai kunci utama..
perubahan nasib ummat berada di tangan kita..
Pemuda pemudi harapan agama dan bangsa..
teringat detik lalu tika di buai dunia..
masa dan wang digunakan tanpa berfikir panjang..
alangkah baik wang itu disimpan untuk islam..
tapi itulah sejarah yang mengajar erti kehidupan..
Kesilapan memberi manusia peringatan..
Jangan diulang lagi agar menjadi manusia sejati..
Kini aku sudah terjaga dari buaian nafsu duniawi…
Cinta dan kasih pada Allah megatasi segalanya..
Tapi adakah sudah bertemu pemilik cintaku selepas-NYA?
Aku yakin sudah ketemu dengannya..
Hanya pengharapan kepada Allah aku harapkan..
Demi melakar dakwah di dunia bersamanya…
Menjadi tulang rusukku tika di himpit mehnah dan ujian..
Menjadi sahabat tempat melepaskan kekusutan..
Menjadi insan yang bersama menuju ke syurga…
Dialah pemilik cintaku selamanya selepas Allah dan Rasul..

AIMAN KHAIRUL AZZAM~14.APRIL.2011~2.00AM

Tuesday, April 19, 2011

SAJAK BUAT BAKAL SUAMI



Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..

AMINAH QUTB

~ dari buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ – Fatimah Syarha

MUDAH 2011 MELABUHKAN TIRAINYA





Mukhayyam Dakhili 2011 (MUDAH) anjuran IKRAM IPT-Gombak dengan kerjasama WAMY melabuhkan tirainya semalam bertempat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Program berjalan selama 4 hari 3 mlm dan seramai 100 orang peserta menyertai MUDAH kali ini. Program bermula pada sabtu malam di Sekolah Al-Amin untuk sesi taklimat dan ice-breaking seterusnya ikhwah dan akhawat bergerak dengan 2 buah bas ke Masjid Sultan Abd Samad, KLIA pada ahad pagi. Isi kandungan utama MUDAH kali ini adalah bedah buku 'Syahadatul Haq' karangan As-Syeikh Abul A'la Al-Maududi. selama 3 hari di sana para peserta di perincikan secara mendalam isi kandungan buku tersebut oleh Akh Nik Suhaimi dan program diselangi dengan tazkirah, games dan tayangan movie 'The Message' pada waktu malam.

Banyak ibrah yang dapat dibawa pulang sebagai bekalan kepada para peserta yang akan bercuti selama 5 bulan. Antaranya adalah perihal pentingnya dakwah dilakukan dengan apa jua cara sekalipun kerana ummat manusia kini mendahagakan fikrah islam yang sebenar. Sesungguhnya syahadah yang kita ucapkan merupakan bai’ah dan janji kita kepada Allah dan Rasul-nya untuk meneruskan kelangsungan dakwah Nabi Muhammad saw. Pada sebelah malam, peserta dibawa mengimbau secara jelas perjalanan Nabi Muhammad saw menerusi tayangan movie ‘The Message’. Sesungguhnya islam bermula dengan kepayahan dan kesukaran tetapi sampai kepada kita dalam keadaan yang sempurna dan syumul. Persoalannya adakah kita hanya tahu tanpa menyebarkannya? Ingatlah orang-orang sekeliling kita akan tuntut di Akhirat kelak jika kita enggan menyebarkan islam yang sebenar kepada mereka.

Para peserta juga di minta untuk berdiskusi dalam kumpulan untuk mencapai resolusi MUDAH 2011 berdasarkan pengisian selama 3 hari. Peserta diminta menyenaraikan jenis-jenis syahadah perkataan (Qauliyyah) dan syahadah perbuatan (Fi’liyyah) yang mampu dilaksanakan ketika cuti semester. Alhamdulillah dengan kesungguhan dan semangat para peserta kami dapat menyenaraikan resolusi MUDAH 2011 iaitu reunion bersama kawan-kawan, berbakti kepada ibu bapa dan jiran, menggunakan medium internet dan menyebarkan risalah dan poster dakwah.

Di samping itu, sepanjang MUDAH berlangsung ukhuwwah di antara peserta semakin erat dan utuh. setelah mendengar pengisian di dalam dewan sekali- sekala kami bergelak ketawa sambil mengusik antara satu sama lain. itulah 'ukhuwwah' cara kami. Kami makan bersama dan beriadhah bersama. Itulah ukhuwwah islamiyyah yang sebenar yakni berlandaskan fikrah dan jiwa yang satu. Sesungguhnya ukhuwwah itu teras kegemilangan. Tanpa ukhuwwah yang mantap islam tidak akan bangun megah seperti era kemuncak islam pada zaman Nabi Muhammad saw dan para sahabat.

Pada hari terakhir kami berasa amat bertuah kerana di beri peluang untuk berdiskusi bersama Presiden IKRAM iaitu Ustaz Mohd Parid Syiekh Ahmad yang menceritakan berkenaan 'ijazah dan risalah'. Banyak soalan yang di lontarkan dan alhamdulillah kami merasa puas dapat berkongsi pengalaman beliau. Antaranya bagaimana mem’balance’kan antara ijazah dan dakwah dan sebagainya.

Semoga MUDAH kali ini memberi 1001 makna kepada kita dari aspek tarbiyyah dan dakwah. Moga skop dakwah semakin luas dan akhir kalam selamat bercuti kepada semua. aplikasikanlah segala resolusi MUDAH dengan ikhlas dan niat kerana Allah. Syurga menunggu bagi mereka yang membantu agama Allah.

Antara feedback peserta MUDAH 2011:

“Mukhayyam dakhili kali ni mengingatkan ana kembali detik-detik mula mengenali dakwah ini. Semoga ikhwah--ikhwah sekalian terus bersemangat dan istiqamah di jalan ini..”

“Pengisian mantop, ada games dan LDK yang menduga akal. Tidak sangka dapat macam-macam selama 4 hari 3 malam ni dan moga2 di berikan kekuatan berdakwah selepas ini."


Friday, April 15, 2011

Kepentingan Tarbiyah


Apakah yang usaha yang paling penting, yang paling signifikan, yang paling menonjol, yang paling asasi ... yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di dalam kehidupan baginda?

Jawapannya ialah TARBIYAH ...!

Kerana inilah Rasulullah SAW dipilih Allah SWT menjadi Rasul. Kerana tarbiyahlah Rasulullah SAW di berikan wahyu Al-Qr'an. Kerana tarbiyahlah Rasulullah SAW dapat melaksanakan amanah ALlah SWT dengan cemerlangnya.

Unsur-unsur tarbiyah adalah:-
1. Murabbi
2. Mutarabbi/anggota usrah.
3. Manhaj/sistem silibus/panduan.

Dalam kehidupan Rasulullah SAW, beliau adalah murabbi (pendidik) di dalam sistem tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW di peringkat awal. Di dalam tarbiyah Rasulullah SAW, baginda mendidik mutarabbi antara yang menonjol ialah Saidina Abu Bakar, Saidina Ali, Bilal dan lain-lain.

Rasulullah saw menggunakan manhaj bersumberkan Al-Qur'an di dalam mendidik para mutarabbi dikalangan para sahabat-sahabat ketika itu. Apabila Allah SWT menurunkan wahyu, maka Rasulullah saw membacakan ayat-ayat Qur'an tersebut dan menjalskan maksud dan pengertian sehingga sahabat-sahabat memahami tuntutan dari ayat-ayat Qur'an yang diturunkan Allah SWT. Di peringkat awal ayat-ayat Qur'an ayat-ayat berhubung dengan keimanan diturunkan Allah. Melalui proses tarbiyah, maka bertambah kefahanan terhadap Islam dan bertambah keimanan meraka kepada Allaah. Sehingga dengan proses tarbiyah tersebut, lahirnya natijah-natijah tarbiyah dan natijah-natijah Iman di dalam bentuk amal soleh dikalangan sahabat.

Amal soleh bukan sahaja diperingkat individu seperti taatkan Allah, taatkan Rasulullah, taatkan ajaran Islam, malah lahir jiwa-jiwa besar dan perkasa seperti para sahabat yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan kepahlawanan untuk keluar berdakwah dan berjihad di jalan Allah swt.

Banyak kisah-kisah sahabat yang sangat unik dan unggul yang menjadai contoh tauladan untuk ummat masa hadapan.

Tarbiyahlah yang menjadi asas di dalam kehidupan dan kejayaan Rasulullah SAW.

(ditulis bersempena program daurah IKRAM Pontian penyampaian oleh Pengerusi JK Tarbiyah Pontian)

Tuesday, April 12, 2011

MENANTI SINAR BARU


Hari–hari yang di lalui makin getir..

Adakah diriku dibayangi dosa-dosa silam..

Kifarah dosa untuk menguji hati yang rapuh..

Sesungguhnya aku telah bertemu sinar cahaya..

Di hujung jalan yang di sinari cahaya mentari..

Saban hari ku mencari hakikat diri..

Untuk apa aku diciptakan?

Kenapa aku di campak di sini secara tiba-tiba?

Mungkinkah ada hikamah yang tersembunyi?

Ya ! ku yakin pasti ada natijah dari-MU..

Tidak harus ku hiraukan omong2 kosong mereka..

Kerna mereka hanya mahu aku mengikut telunjuk mereka..

Aku harus mengenal erti sabar tanpa putus asa..

Doa dan solat itu perisai muslim senantiasa..

Tika sukar, duka dan senang..

Haruskah di teruskan niat di hati?

Adakah tepat waktu dan ketikanya?

Punya kudratkah aku meneruskannya?

Terjagakah tarbiyah dan dakwah ku nanti ..

Tika waktu puncak mengenal erti kehidupan untuk memberi kepada manusia..

Tika diri ini di serahkan pada jalan ini dengan sungguh-sungguh..

Bersediakah aku dengan erti kata sebenarnya?

Manusia tidak pernah rasa puas dan bersedia..

Bantulah dan tunjukkanlah jalan-MU..

Sesungguhnya seluruh hidupku demi mencari redha-MU..

Ameen..

Monday, April 11, 2011

Jika Terakhir Buatku



Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

lirik from saujana

p/s:moga terampun segala dosa2 lalu..aku bersyukuri di atas segala kurniaan-MU hingga ke hari ini..


Sunday, April 10, 2011

SELUAR JEANS VS JUBAH

Kisah ini berlaku di sebuah kampung di selatan tanah air. Setiap tahun seorang pemuda Azzam (bukan nama sebenar) akan mengadakan program motivasi untuk anak-anak kampung tersebut. Pada tahun pertama Azzam ke kampung tersebut dengan memakai seluar jeans dan baju kemeja. Tapi seluar jeans Azzam biasa2 aja tak terlalu lusuh. Maka berceramah lah Azzam selama 3 hari pada anak2 kampung itu. Dan ada juga Azzam menyampaikan tazkirah dan kelihatan juga makcik2, pakcik2 di belakang mendengar. Antara tajuk yang di sampaikan adalah berkisar mengenai ibadah dan akhlak. Setelah selesai tazkirah itu seorang makcik datang pada Azzam dan bertanya kepada Azzam :

Makcik:Nak, bagus makcik tengok kamu nie muda2 dah pandai bagi ceramah kt org. kan bagus ada menantu mcm kamu nie..

Azzam:Eh, ramai lg makcik yg lagi bagus dari sy nie..2 yg imam muda 2 lagi gempak dari sy. Sy nie apela sgt (padahal dah blushing si Azzam tu)

Makcik: tapi mintak maaf la makcik baru sedar rupanya org pakai seluar jeans pun bole cakap pasal agama kn? Selalu tgk ust. Pakai jubah, serban dan sebagainya.

Azzam: yer makcik sebenarnya se afdhal nya macam 2 la..tapi sy dah banyak ceramah dgn org2 muda kalau sy pakai jubah dgn serban diorang tgk sy dari jauh mesti lari punya. Macam mana sy nk bdamping dgn diorang

Makcik: tergelak2 comel jap. Betul jugak tu. Patutla anak muda sekarang tak suka langsung dgr ceramah kt kmpung nie. Apatah lagi pegi masjid. Kami yg tua2 nie jela yg pegi.

Azzam: itulah makcik, macam2 cara nak sampaikan islam makcik n islam tu tersangat la luas. Bukan hanya kopiah dan jubah. Tapi itu sebahagian kecil dr islam gak.

Makcik:nak, bila2 dtg la umah makcik makan2 yer. Makcik ramai anak. Yg pandai masak pon ada..

Azzam: dlm hati (makan free 2). i.allah makcik nanti sy ada masa sy dtg makcik. Kirim salam kt semua anak makcik.haha(dgn senyuman sinis)

Makcik: yang lelaki ke perempuan?

Azzam: semua makcik..

Makcik:ok nak, makcik balik dulu

Azzam: ok. Trima kasih byk2 makcik..hati2 jalan balik makcik

Moral of the story: jadilah BIJAK dalam apa jua suasana dan ketika dan Islam adalah MUDAH dan jangan SEMPIT kan islam sehingga kewajipan DAKWAH terabai..

UKHUWWAH TERINDAH

selepas BBQ IKHWAH

JILSAH HUD-HUD

DAURAH MUAYYID

ZIARAH HOSPITAL SELAYANG


WALIMAH HAZIQ DI MELAKA


JAULAH ITHAR KE CAMERON HIGHLANDS



Alhamdulillah sem 2 melabuhkan tirainya..manis,pahit,lemau smua ada.tapi banyak natijah dan hikmah sepanjang sem ini. bersyukur dikurniakan sahabat2 baru di sisi..:-))




Saturday, April 9, 2011

Cintailah DIA


Cintailah DIA kerna DIA lah yang menjadikan kita dari tanah..
Laksanakan segala suruhan dan tinggalkan larangan-NYA kerna DIA yg maha mengetahui..
Berkasih-sayanglah kerana DIA kerna ia akan berkekalan sepanjang hayat..
Berbudi dan berbaktilah kepada semua kerna DIA..
Lakukan segala2nya kerana DIA..kerana..
DIA lah Allah yg menentukan segala baik buruk kita..
Adakah kita akan ke syurga atau ke neraka??
Pilihan itu ada di tangan kita...

p/s: mood bercampur baur..:-) :-( :-/ :-|

Wednesday, April 6, 2011

DECISION SCIENCE VS DECISION IN LIFE

Sedang2 study menekan calculator utk exam decision science esok (7/4) terdetik untuk share sesuatu tentang 'decision in life'..Yes decision science antara subjek yg aku tak minat langsung. maklumlah ade kaitan dengan econs so a lil bit out of league cket.but dah itu wajib amek.nasib baiklah carry mark ok.hopefully boleh dapat B+..:-))

but jawapan dalam subjek ni adalah solid dan konkrit not subjektif. tidak seperti decision in our life. we have a lot of choice but at last the final decision only ONE!! as example bila kita habis SPM kita kena pilih 1 shja universiti. tak boleh masuk 2 universiti sekaligus. cuma persoalannya di sini macam mana kita nak buat pilihan/keputusan yang terbaik untuk kita??? kerna setiap pilihan itu akan menentukan masa depan kita. adakah baik, buruk ataupun kita tak berubah langsung. Harus kita ingat hidup sebagai muslim mestilah menjadi pencetus, penggerak dan perubah. tidak ada istilah muslim statik! kita adalah MUSLIM DINAMIK!!! We are the front-line. bak cakap abah "jgn nak bau kentut org, biar org yg bau kentut kita". Sorry quite over cikit example tu but dats the fact! sampai bila as muslim kita mahu menjadi pengikut sahaja? menjadi pengguna?? Kita yang harus kedepan dalam every aspect. Yes kita tak capable ke depan in everything tapi sekurang2nya jadilah kita pakar/hebat dalam sesuatu bidang. tak kisahlah apa jua perkara asalkan dapt menonjolkan imej muslim yang sebenar. oleh itu buatlah keputusan yang wajar dalam setiap saat hidup kita. banyak cara untuk menimbang kewajaran keputusan kita. antaranya tanya pendapat orang yang alim/pakar, solat istikharah, dan sebagainya. tapi aku lebih gemar tanya pendapat orang/ibu bapa and then final solat dan mohon pada Allah kerna DIA lah tempat kita bergantung dan pohon petunjuk..

P/S: “Ya Allah jika dia yg terbaik buatku dekatkanlah, jika bukan jauhkanlah….”

Tuesday, April 5, 2011


Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

Lunak sekali nyanyian maher zain mendendangkan lagu ‘freedom’..Masya-allah setiap bait2 lagu mengingatkan tentang perjuangan dan kebebasan. Mungkin kita masih di enak buai mimpi kerna berada di Negara yang selesa yang tidak ada kekacauan, penindasan malah kita sangat2 beruntung kerna jarang sekali Negara kita di timpa bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya.

So what the mean of freedom for us?? Is it juz freedom to do anything we want to do?? As muslim the answer definitely NO!...Why?? YA kerna kita mempunyai tugas hakiki sebagai seorang muslim dan apabila mengucap 2 kalimah syahadah itu adalah bai’ah/janji kita pada Allah untuk menjalankan tugas sebagai daie. Yes bukan hanya mengamalkan islam secara sendirian tetapi wajib untuk kita mengajak manusia lain ke jalan kebenaran. Tapi banyak pula yg akan cakap, “aku xbyk ilmu la san selalu wat dosa mana leh dakwah orang ni”, hahaha..jalan sempitkan makna dakwah tu beb. Make it simple and easy beb. Islam adalah agama yang tidak menyusahkan penganutnya. Sampaikanlah kepadaku walaupun sepotong ayat kata Rasulullah swt. Hanya sampaikan sepotong ayat al-quran atau mengajak kepada perkara2 baik yg simple itulah dakwah. Contoh advise orang supaya buang sampah dlm tong sampah, hatta suruh flush pas ‘melabur’ juga di kira dakwah. Kerna islam menitik beratkan kebersihan. Cuba bayangkan kalau xde orang yg berdakwah supaya menjaga kebersihan. Memang berbau la toilet tu.

Another thing kita sebagai ummat islam jugak kena melihat sahabat2 kita di palestin. Itulah freedom yg kita inginkan dan idam2kan saban hari. Pembebasan Al-Aqsa dari cengkaman Zionis keparat!! Selagi tidak di halau syaitan2 itu maka kita harus merasa tidak senang duduk!! Banyakkan doa dan infaq untuk mereka kerna sesungguhnya saban hari sahabat2 kita di sana berjuang mati-matian demi masjid A-Aqsa, our first qiblah…

p/s: freedom sangat2 luas maksud dalam hidup aku..moga2 termakbul doa untuk menjejakkan kan kaki ke Palestin secepat mungkin. Indahnya mati syahid…Allahu Akhbar…