Sunday, March 27, 2011

BBQ IKHWAH MERIAH







Tiba-tiba terdetik untuk menconteng sesuatu di blog nie kerna event ini adalah antara event manis semester ini. Mungkin pada pandangan org lain biasa sja tapi bagi aku its priceless kerana semakin hari hati ini makin semakin rapat dengan mereka.

Pada 20 Mac lalu rancangan asal (Brother Outing)BOT terpaksa digantikan dengan BBQ kerana masalah2 teknikal di saat akhir. Sepatutnya petang itu kami merancang untuk berehlah di Air Terjun Sg. Chiling di Kuala Kubu Baru. Tapi perancangan Allah lebih hebat dan tersembunyi hikmah di sebalik pembatalan BOT di saat-saat akhir.

Antara hikmah itu adalah kami terpaksa melakukan adhoc BBQ kerna harus memanggang ayam2 dan sosej yang telah di beli. Alhamdulillah setelah di syurakan kami berpakat mengadakan BBQ ikhwah pada jam 4 ptg di kawasan sungai di AIKOL. Seramai 15 ikhwah hadir dan tolong menolong antara satu sama lain bagi menjayakan BBQ tersebut.

Sepanjang proses BBQ kami beramah mesra dengan sesi ‘tembak-menembak’ antara ikhwah. Masing2 kelihatan ceria dan susana di penuhi gelak ketawa kerna baru kami menyedari ramai di kalangan sahabat2 kami kelakar orangnya. Setelah berhempas pulas kami berjaya memanggang ayam dan semua habis di makan ketika azan maghrib.

Setelah berkemas, kami ke surau econs untuk solat maghrib dan mendengar tazkirah dari Akh Sani mengenai ukhuwwah dan pesan menjelang cuti semester. Antara isi penting pengisian Akh Sani adalah kita harus bersama sahabat2 sefikrah dengan kita untuk mengekalkan momentum dakwah itu sendiri dan ukhuwwah sebegini utuh tidak akan dapat kita cari di manan2 oleh itu berpegang teguhlah dan saling menasihati satu sama lain. Sesungguhnya ini adalah pertama kali aku berBBQ bersama mereka. Rasa seperti 1st year ketika bersama mereka.

Harap ukhuwwah ini benar membuahkan hikmah yang besar dalam tarbiyyah dan dakwah khususnya alam kampus yang bakal bersisa setahun lagi. Terdetik pula dalam benak hati ku tentang sahabat2 yang lain. Dahulunya rapat tapi kini terasa lain kerna perbedaan2 pendapat. Tapi mereka tetap aku letak sebagai ikhwah2 yang hebat dan banyak jasa mereka dalam mencorak diri ini. Sungguh perit dan hiba tatkala merenung gambar2 lama. Tapi aku juga yakin Allah menyusun yang terbaik buat hamba2 nya yg ikhlas bekerja di jalan-Nya.

“Berilah sebanyak2nya, dari menerima sebanyak2nya...”

p/s: sorry pada org yg kena tembak dgn ana terutama irfan md nor dll..:-) mmg ana di lahirkn cmnie..hehehe..pape pon ukhuwwah abadan abada yer..!!



2 comments: