Saturday, January 21, 2012

SURAT UNTUK IKHWAH YOQ2012

Di sini kita pernah bertemu

Mencari warna seindah pelangi

Ketika kau menghulurkan tanganmu

Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah

Dendangan lagu tanda ikatanku

Kepadamu teman

Agar ikatan ukhuwah kan

Bersimpul padu

Kenangan bersamamu

Takkan ku lupa

Walau badai datang melanda

Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan

Dan akhirnya kita dipisahkan

Munkinkah menguji kesetiaan

Kejujuran dan kemanisan iman

Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa

Tuhan ada janjinya

Bertemu berpisah kita

Ada rahmat dan kasihnya

Andai ini ujian

Terangilah kamar kesabaran

Pergilah derita hadirlah cahaya

Untukmu teman-brother


Lagu ini mengakhiri mukhyyam kami selama 5 hari 4 malam. Terasa kehangatan ukhuwwah hingga ke saat ini. Kenapa air mata menitis sedangkan sebelum2 tak pernah air mata ikhwah2 ini menangis. Ada seorang ikhwah cakap, “man, ana las nanges darjah 6, japg ana xnanges punye lah.. tapi kebanyakkan kami menangis setelah sama2 menyelusuri sesi hati ke hati bersama2. Serius bukan kerana penyampai tersebut tetapi kerana sepanjang mukhyyam segala aspek persahabatan itu teruji. .Kesabaran, amanah dan kejujuran di uji dari aktiviti pertama iaitu Amazing Race hingga ke War games. Pertengkaran yang berlaku..Emosi yang terlahir. Akhirnya membuahkan natijah yg sangat2 besar dan bermakna. Aku menitiskan air mata kegembiraan di atas kurniaan ikatan ini. Terasa mahu meng’extend’ lagi pengajian di uia. Tidak puas rasanya bersama mereka.


Teringat pada mlm pertama pertemuan kami, kebanyakkan dari mereka adalah pertama kali kami bertemu. Agak kekok dan janggal bila bersama. Tapi gagahkan untuk berborak. Ramai yg tanya, nta 1st year kew? Aduh. Soalan yg sering di tanya oleh sesiapa shja yg pertama kali berjumpa dgn ku. Keesokkan Amazing Race bermula. Tak tidur malam jugak menyiapkan bahan2 utk besok. 3 hari tidur straight hassan al-banna (2 jam). berdebar2 takut besok klu ade masalah ape2 nnt kt lak yg kena. 2 printer di bilik jalan serentak. Najib print wajibat, aku print Cp etc. Bilik dah macam pejabat pos. Bersepah sana situ. Huhu. Mmg ikhwah suka buat kerja las2 minit..akhirnya mata terlelap jugak dengan berselimutkan kertas2 tersebut. Nasib baik mintak tlg adik utk kejut pagi tu. Huhu..

Priiiiitttttt. The Amazing Race KL bermula pagi tu. Semua bersemangat waja utk mengharungi runningman sirah KL version. Semua berjalan lancar Cuma 1 kumpulan ikhwah bermula lambat kerna salah seorg ahlinya bangun lambat. Ukhuwwah mereka teruji. Fuhhh.. dgn tidak2 di sangka2 mereka 1 kump pergi ke bilik ikhwah tersebut dan menunggu beliau utk siap dan bergerak bersama2. Wahhh.. terpegun melihat semangat yg di tunjukkan. Terdetik di hati. i.allah permulaan yg baik utk mukhyyam kali ni. Moga ibrah tercapai. Teringat pesanan ex-officio, “ kena igt kita buat ni ibrah based, apa2 pun kena beribrah.” Hurm..sudah ada ibrah yg di bumi kan pagi ni..Alhamdulillah.

Amazing Race bermula dgn OSEM sekali. Mmg terbaik terutama di Masjid indi. Pergghh.. bercucuran air mata kegembiraan. Tak sangka mereka mampu melakukan sedemikian. Sies mmg tidak meletakkn harapan yg tinggi. Tapi mereka sangat2 mampu. Ikhwah dan akhawat sangat2 memPROMOTE Rasulullah. Pelbagai cara/method yg di gunakan. Dari busking, horn kete, pidato, mintak signature. Semuanya menjadi..Terima kasih Allah..! Maka tamatlah amazing race dan malam tu berkongsi bermacam2 pengalaman yg menarik. Ibrah dapat di bumikan..Alhamdulillah. Tapi terpaksa pulang awal kerna harus ke lab pagi besok..:-(

Tidak dapat melupakan YOQ ak terus ajak saif utk ke the woods. Yeah tak sabar nak jumpa mereka. Malam ni ada war games. Antara aktiviti paling kontroversi dan emosional utk ikhwah. Hehe. Jam 11 peperangan bermula. 2 kumpulan bersatu utk menghapuskan kumpulan merah. Marshal berlari ke sana ke sini check mana2 peserta yg syahid. Seorang demi seorang syahid. Kelihatan masing2 bermain dgn penuh semangat dan bersungguh2. Pelbagai taktik di gunakan, hantar spy, defend, gerila dll. Ibrah di sampai kan dan masing2 berkongsi ibrah. Itulah cara kami membumikannya. Alhamdulillah..mereka OSEM..!

Malam terakhir, malam kebudayaan. Yes acara di tunggu iaitu persembahan setiap kump! Bermacam2 kerenah dan aksi2 yg tidak pernah di buat. So mmg video2 pd mlm tersebut akan di simpan di dalam ‘X-files ikhwah’. Tidak boleh di edarkan pada umum. Haha. Gelak ketawa, senyuman menghiasi bibir2 mereka..kami adalah generasi pelapis. Juga di adakan birthday surprise utk ikhwah2 yg lahir bulan januari. Selepas selesai datang sorang dan berkata, “sies akh lepas ni ana nk dtg usrah, program2 tarbiyah i.allah takde alasan lagi pasni..” allahuakhbar. Berliningan air mata kegembiraan. Aku menitipkan syukur pda allah. Moga mereka terus konsisten. Jalan ini sangat indah jika di lalui bersama2..

Hari terakhir..cepat masa berlalu. Iya kami harus berpisah seketika. Tapi apa harus masing2 buat selepas mukhyyam ni??? Adakah ikatan ini hanya kuat dan utuh sepjg YOQ shja? Wajib ada penerusan dalam proses pembinaan individu muslim. Harus ada resolusi dalam setiap perkara. Maka terlahirlah 5 resolusi yg OSEM..!!!!!!!!! selepas sesi resolusi, aku handle slot hati ke hati. Mmg xyakin dpt deliver coz everyone expect nanges. Ish, bukan itu objektifnya lah!!! Objektif adalah utk sama2 menyelami apa yg kt tempuh selama YOQ ni dan utk apa amal kt selepas ni..Ya.. terasa terharu..ramai ikhwah menitiskan air mata..suasana terasa sangat2 hiba. Moga ukhuwwah ini berkekalan hingga ke syurga. Kami berpelukan..di peluk oleh beberapa ikhwah dan berkata, “ ana syg anta syeikh.”, mintak maaf syeikh,”. Ikhwah2 yg macho2 sblm ini menitiskan air mata kerana rasa ukhuwwah. Tidak dapat di mana2 pengalaman ini. Inilah kali pertama kami menangis bersama2, merasai perasaan satu sama lain bersama. Sesungguhnya berpegang teguhlah pada ukhuwwah ini. Bersama2 lah menerbitkan amal bersama2.

Sesungguhnya peserta, AJK, semua yg terlibat di dalam menjayakan YOQ2012..antum O.S.E.M.!

No comments:

Post a Comment