Tuesday, January 25, 2011

A NIGHT TO REMEMBER....




20 JAN/2011- selepas asar seramai 7 pemuda dari usrah Ithar mengadakan ziarah ke rumah tokoh yg sgt kami segani dan kagumi iaitu Tuan Syed Ibrahim Syed Noh di damansara. di hati sangat2 teruja kerana beliau adalah tokoh yang sangat di segani kerana penglibatan dan kelantangan bersuara beliau dalam isu-isu hak asasi manusia. beliau sangat di kenali melalui GMI(gerakan mansuhkan ISA) dan beberapa pertubuhan hak asasi manusia yang lain.

perjalanan agak 'jem' di laluan batu caves kerna perayaan thaipusam tapi di gagahkan juga mengharungi jem yg teruk demi mengambil peluang sekali semumur hidup kerna Tn Syed sgt2 sibuk org nya. kami tiba di Masjid berdekatan rumahnya dan mengadakan usrah dan solat maghrib.

selepas solat maghrib kami tiba di rumah Pcik Syed dan bertaaruf dan menunaikan solat isya' bersama-sama. selepas kami solat, kami di jamu dgn makanan yg sgt enak sehingga tidak
terdaya menggerakkan badan kami (marwan terutamanya..:-)). sambil menjamu makanan kami melontarkan soalan2 killer kepada Pcik Syed tetapi dengan bersahaja beliau menjawabnya dengan isi2 dan penerangan yg padat dan kemas.

alhamdulillah banyak yg di timba oleh kami terutama tentang isu-isu hak asasi manusia dan kaitannya dengan dakwah. perkara yang sangat2 kami ingat dan rasai sampai ke hari ini adalah. "aktivisme adalah tarbiyah adalah dakwah dan perlu berjalan serentak dan berkait rapat antara satu sama lain...tidak perlu menanti bersedia secukup2nya..perkara itu akan lahir hasil dari tarbiyah dan aktivisme yang berterusan.."

moga kami menjadi aktif dan proaktif di dalam tarbiyah dan medan...

"pencetus,penggerak dan perubah"

No comments:

Post a Comment