Monday, January 10, 2011

SAYONARA 2010

“sesuatu yang mustahil untuk diperbetulkan..”

Syonara 2010 dan welcome ahlan wasahlan 2011. Sangat pantas masa berlalu meninggalkan kita. Betullah antara tanda2 kiamat adalah setahun terasa seperti sebulan, sebulan terasa seminggu, seminggu terasa sehari dan sehari berlalu bagaikan sejam sahaja! Masya Allah....

Adakah 2010 berjaya ku capai. Ketepuk dada dan keluarlah azam-azam yang tidak kesampaian tahun lalu. Dan terlalu banyak kesalahan dan kekhilafan yg ku lakukan pada diri dan orang di sekeliling. Ku menangis sendirian kerna masa tidak bisa di putar kembali untuk memperbaiki segala2nya. Hanya mengenang perkara2 manis untuk menutup sebentar pekung salah dan dosa ku.

Hanya mengenang 3 hari 2 malam berbakti pada masyarakat di kampung bila bertungkus lumus men’handle’smart camp utk adik2 di kampung. Terasa baru semalam berkongsi pengalaman dan suka ria bersama mereka.

Hanya mengenang 2 bulan setengah di maahad tahfiz Al-akhyar JB semasa cuti semester menjadi cikgu,warden, abang, kepada adik2 di sana. Pelbagai masam, manis, payau episod dan drama di sana. Walau se’nakal’mana mereka byk aku pelajari dari kenakalan mereka. Kerenah mereka yg membuat aku terus kuat dan cekal. Sesungguhnya merekalah inspirasi aku.

Mengenang mengikut abah ke sana dan kemari menjelajah johor memberikan kesedaran kepada masyrkt ttg isu palestin. Walau penat teramat tetapi perasaan puas itu hadir ketika abah berjaya menerobos tembok kejam zionis dgn menjadi wakil Malaysia masuk ke Gaza. Dan sesungguhnya aku berazam mahu juga ke GAZA sebelum umur menjangkau 30 tahun. Tidak ku gentar dengan zionis laknatullah. Biarpun di bunuh atau di penjara sekali pun. Akan tetapi semua itu memerlukan persediaan yg bukan mengambil masa sehari atau setahun.

Kenangan2 manis itulah yang ku ulang2 setiap kali teringat akan episod2 duka sepanjang 2010 hampir melabuhkan tirainya. Selamat datang 2011. Bi iznillah tahun baru akan menjadi episod baru yang gemilang dan di hampari karpet merah tetapi itu hanya mimpi kerna hidup ini tidak seindah yang di harapkan kerna untuk menjadi ‘manusia’kita harus cekal menempuh setiap obstacles.

“IMPOSIBBLE IS NOTHING”

No comments:

Post a Comment