Tuesday, April 19, 2011

MUDAH 2011 MELABUHKAN TIRAINYA





Mukhayyam Dakhili 2011 (MUDAH) anjuran IKRAM IPT-Gombak dengan kerjasama WAMY melabuhkan tirainya semalam bertempat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Program berjalan selama 4 hari 3 mlm dan seramai 100 orang peserta menyertai MUDAH kali ini. Program bermula pada sabtu malam di Sekolah Al-Amin untuk sesi taklimat dan ice-breaking seterusnya ikhwah dan akhawat bergerak dengan 2 buah bas ke Masjid Sultan Abd Samad, KLIA pada ahad pagi. Isi kandungan utama MUDAH kali ini adalah bedah buku 'Syahadatul Haq' karangan As-Syeikh Abul A'la Al-Maududi. selama 3 hari di sana para peserta di perincikan secara mendalam isi kandungan buku tersebut oleh Akh Nik Suhaimi dan program diselangi dengan tazkirah, games dan tayangan movie 'The Message' pada waktu malam.

Banyak ibrah yang dapat dibawa pulang sebagai bekalan kepada para peserta yang akan bercuti selama 5 bulan. Antaranya adalah perihal pentingnya dakwah dilakukan dengan apa jua cara sekalipun kerana ummat manusia kini mendahagakan fikrah islam yang sebenar. Sesungguhnya syahadah yang kita ucapkan merupakan bai’ah dan janji kita kepada Allah dan Rasul-nya untuk meneruskan kelangsungan dakwah Nabi Muhammad saw. Pada sebelah malam, peserta dibawa mengimbau secara jelas perjalanan Nabi Muhammad saw menerusi tayangan movie ‘The Message’. Sesungguhnya islam bermula dengan kepayahan dan kesukaran tetapi sampai kepada kita dalam keadaan yang sempurna dan syumul. Persoalannya adakah kita hanya tahu tanpa menyebarkannya? Ingatlah orang-orang sekeliling kita akan tuntut di Akhirat kelak jika kita enggan menyebarkan islam yang sebenar kepada mereka.

Para peserta juga di minta untuk berdiskusi dalam kumpulan untuk mencapai resolusi MUDAH 2011 berdasarkan pengisian selama 3 hari. Peserta diminta menyenaraikan jenis-jenis syahadah perkataan (Qauliyyah) dan syahadah perbuatan (Fi’liyyah) yang mampu dilaksanakan ketika cuti semester. Alhamdulillah dengan kesungguhan dan semangat para peserta kami dapat menyenaraikan resolusi MUDAH 2011 iaitu reunion bersama kawan-kawan, berbakti kepada ibu bapa dan jiran, menggunakan medium internet dan menyebarkan risalah dan poster dakwah.

Di samping itu, sepanjang MUDAH berlangsung ukhuwwah di antara peserta semakin erat dan utuh. setelah mendengar pengisian di dalam dewan sekali- sekala kami bergelak ketawa sambil mengusik antara satu sama lain. itulah 'ukhuwwah' cara kami. Kami makan bersama dan beriadhah bersama. Itulah ukhuwwah islamiyyah yang sebenar yakni berlandaskan fikrah dan jiwa yang satu. Sesungguhnya ukhuwwah itu teras kegemilangan. Tanpa ukhuwwah yang mantap islam tidak akan bangun megah seperti era kemuncak islam pada zaman Nabi Muhammad saw dan para sahabat.

Pada hari terakhir kami berasa amat bertuah kerana di beri peluang untuk berdiskusi bersama Presiden IKRAM iaitu Ustaz Mohd Parid Syiekh Ahmad yang menceritakan berkenaan 'ijazah dan risalah'. Banyak soalan yang di lontarkan dan alhamdulillah kami merasa puas dapat berkongsi pengalaman beliau. Antaranya bagaimana mem’balance’kan antara ijazah dan dakwah dan sebagainya.

Semoga MUDAH kali ini memberi 1001 makna kepada kita dari aspek tarbiyyah dan dakwah. Moga skop dakwah semakin luas dan akhir kalam selamat bercuti kepada semua. aplikasikanlah segala resolusi MUDAH dengan ikhlas dan niat kerana Allah. Syurga menunggu bagi mereka yang membantu agama Allah.

Antara feedback peserta MUDAH 2011:

“Mukhayyam dakhili kali ni mengingatkan ana kembali detik-detik mula mengenali dakwah ini. Semoga ikhwah--ikhwah sekalian terus bersemangat dan istiqamah di jalan ini..”

“Pengisian mantop, ada games dan LDK yang menduga akal. Tidak sangka dapat macam-macam selama 4 hari 3 malam ni dan moga2 di berikan kekuatan berdakwah selepas ini."


2 comments: