Friday, April 22, 2011

DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH




Aku menoleh ke belakang...
banyak sudah terbuang masa2 mudaku..
Ku melihat ke hadapan menanti penuh debaran..
adakah pengakhiran di syurga atau neraka?
tapi kini diriku bersyukur..
terjaga dari lena dan asyik dunia...
melihat dakwah dan tarbiyyah sebagai kunci utama..
perubahan nasib ummat berada di tangan kita..
Pemuda pemudi harapan agama dan bangsa..
teringat detik lalu tika di buai dunia..
masa dan wang digunakan tanpa berfikir panjang..
alangkah baik wang itu disimpan untuk islam..
tapi itulah sejarah yang mengajar erti kehidupan..
Kesilapan memberi manusia peringatan..
Jangan diulang lagi agar menjadi manusia sejati..
Kini aku sudah terjaga dari buaian nafsu duniawi…
Cinta dan kasih pada Allah megatasi segalanya..
Tapi adakah sudah bertemu pemilik cintaku selepas-NYA?
Aku yakin sudah ketemu dengannya..
Hanya pengharapan kepada Allah aku harapkan..
Demi melakar dakwah di dunia bersamanya…
Menjadi tulang rusukku tika di himpit mehnah dan ujian..
Menjadi sahabat tempat melepaskan kekusutan..
Menjadi insan yang bersama menuju ke syurga…
Dialah pemilik cintaku selamanya selepas Allah dan Rasul..

AIMAN KHAIRUL AZZAM~14.APRIL.2011~2.00AM

No comments:

Post a Comment