Tuesday, April 19, 2011

SAJAK BUAT BAKAL SUAMI



Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..

AMINAH QUTB

~ dari buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ – Fatimah Syarha

4 comments:

  1. thx aiman-hyung kongsikan sajak ni.indah sekali n a really good reminder for us to seek His love. bila kita mencintaiNya, cinta2 kita yg lain akan bertambah indah. CintaNya sgt unik dan indah. marilah kita mencari cintaNya didalam suruhanNya ;)

    ReplyDelete
  2. my dongseng-yes u r rite..cari cinta Allah bila mana tlah 'rasa' cinta-NYA..carilah cinta manusia dgn petunuj dari Allah. Sykron pd semua ahli usrah ithar..im really thankful 2 allah give me 'ithar'..bersama tarbiyah dan dakwah karisma really changed me alot..menjadi yg lebih baek..
    sama2 doakan keberlangsungan tarbiyah dan dakwah kita..ONLY 1 WAY..Dakwah is the only way!

    p/s:mari cari cinta bersama2..

    ReplyDelete
  3. pergh!! barakallah in advance..semoga semuanya berjalan lancar..haha ;p

    ReplyDelete
  4. AMIN...usamah pon bole je fast-track..haha..
    tidak terkejar2..hanya mengejar cinta demi dakwah dan tarbiyyah..:-))
    alhamdulillah sudah 'stable' bsama IKRAM...

    ReplyDelete